Sukan Hari Ini

‘Berjuang demi masa depan kami’

London: Pertahanan Manchester United Chris Smalling menafikan khabar angin yang mendakwa pemain tidak memberikan sokongan kepada pengurus Louis van Gaal kerana mereka juga sedang memperjuangkan masa depan masing-masing.

Walaupun mempamer aksi lebih baik ketika menentang Chelsea, United tetap gagal mencapai sebarang kemenangan sepanjang lapan perlawanan dan kini menduduki tangga keenam Liga Perdana.

Kritikan terhadap keputusan buruk United kerap ditujukan kepada van Gaal, tetapi Smalling percaya keadaan semasa United membuatkan semua pihak termasuk pemain tidak boleh memikirkan mereka sudah selamat.

“Kami juga bermain untuk masa depan kami sendiri,” kata pemain antarabangsa England itu kepada media Britain. “Kalau ada yang bercakap kami tidak bermain untuk pengurus, sudah tentu ia sesuatu yang tidak masuk akal.

“Setiap minggu kami mahu keluar bermain dan membuktikan kepada semua kami pasukan yang baik dan mampu menundukkan mana-mana lawan sekalipun.”

Smalling antara pemain yang berjaya meningkatkan persembahannya sejak pasukan dikendalikan van Gaal dan dia sendiri mengaku pada ketika ini tiada yang boleh berubah.

“Beliau bersikap seperti biasa sejak kami mengenalinya pada hari pertama sehingga ke hari ini,” kata pertahanan berusia 26 tahun yang dilabel kapten United masa depan oleh pengendali berasal dari Belanda itu.

Red Devils dikritik hebat penyokong sendiri kerana mengamalkan corak permainan bertahan tetapi persembahan mereka semakin meningkat ketika menentang Blues.

Bagaimanapun, Smalling tegas mengatakan pengurus itu tidak akan mengubah corak permainan yang sedang mereka amalkan.

“Van Gaal tidak akan mengubah apa-apa dan itulah sebabnya mengapa beliau mengecap banyak kejayaan dalam bola sepak,” kata pemain itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");