Jenayah

Berjudi sampai tak sedar diserbu

Kulim: Tiga puluh individu termasuk lapan wanita ditahan ketika sedang bermain judi belangkas di bawah khemah di Padang Serai, di sini, lewat petang semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Noor Azman Adnan, pada kira-kira 6 petang.

Dalam serbuan itu, RM29,000 tunai bersama peralatan judi dirampas bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata beberapa individu bermain judi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Menurutnya, pihaknya menahan 22 lelaki dan lapan wanita berusia 18 hingga 72 tahun untuk siasatan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga khemah, empat kipas angin, enam lampu, kerusi, meja, dadu dan cip pelbagai warna untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 72(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");