Berita Hari Ini

Cadang perkenal akta baru

Muar: Kerajaan akan mengambil antara dua hingga lima tahun untuk memperkenalkan akta baru bagi memperkasa pemantauan dan penguatkuasaan Taman Laut Negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri, berkata akta itu penting bagi menjaga kelangsungan bekalan makanan dan menarik pelancong.

“Biasanya proses memperkenalkan akta baru mengambil antara dua hingga lima tahun dan ia penting untuk menjaga Taman Laut Negara.

“Mengikut statistik, penduduk Malaysia memakan kira-kira 56 kilogram ikan setahun dan kita perlu pastikan bekalan ikan di perairan Malaysia terjamin.

“Selain itu, sepanjang tahun lalu kita menerima hampir sejuta pelancong di 42 Taman Laut Negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Dua Bot Jabatan Taman Laut Malaysia di Jeti Tanjung Emas, di sini, hari ini.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");