Berita Hari Ini

Cadang wujudkan Mara Digital Mall di Anggerik Mall

SHAH ALAM – Cadangan untuk mewujudkan Mara Digital Mall di pusat membeli-belah Anggerik Mall di sini masih dalam peringkat perbincangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia berikutan pusat beli-belah itu mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit.

“Kita (kementerian) masih berbincang (dengan pihak pengurusan Anggerik Mall) untuk menyediakan pusat jualan gajet dan telefon bimbit di sini kerana kita lihat pusat IT (teknologi maklumat) mampu menarik pengunjung terutamanya golongan muda untuk berkunjung ke sini.

“Bagaimanapun, ruang Anggerik Mall ini agak kecil…mungkin kita hanya boleh menempatkan 10 hingga 15 kiosk di lobi Mall ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat membeli-belah itu hari ini.

Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata Mara Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara akan diperluaskan ke setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");