Panasnya Hari Ini

Cadangan Hukuman Sebat Terhadap Kanak-Kanak Dimansuhkan- Rohani

KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim mencadangkan supaya hukuman sebat terhadap kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah dimansuhkan oleh pihak Kerajaan.

Jelasnya, langkah pemansuhan itu perlu tertakluk di dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambahnya lagi, pindaan tersebut turut memasukkan Perintah Khidmat Masyarakat (CSO) yang diperkenalkan terhadap kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang (kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah) dan pesalah dewasa (ibu bapa/penjaga) yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.

“Setelah 13 tahun Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dilaksanakan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan pindaan kepada akta tersebut dengan mengambil kira isu-isu semasa yang berkaitan dengan kanak-kanak seperti peningkatan kes kecuaian ibu bapa dalam penjagaan kanak-kanak.

“Saya mencadangkan hukuman sebat kepada kanak-kanak dihapuskan,”katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen hari ini memetik sumber Freemalaysiatoday.

Jelasnya lagi, pemansuhan hukuman itu boleh digantikan dengan pemulihan melalui kerja komuniti, kaunseling dan program-program keinsafan.

Rohani turut mencadangkan agar kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa mereka ditempatkan di bawah ‘penjagaan berasaskan keluarga’.

“Cadangan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak yang ibu bapa mereka didapati bersalah dan menerima hukuman, perlu dijaga oleh waris terdekat yang dijamin selamat.

“Malah, perintah penempatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah dijadikan pilihan terakhir melainkan untuk kepentingan kanak-kanak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");