Panasnya Hari Ini

Chegubard Pencacai UMNO – Azmin

KUALA LUMPUR: Kenyataan Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisyam Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkaitan isu projek kayu balak yang mencecah RM45 juta secara tidak sah membuatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggelarnya sebagai pencacai UMNO.

Memetik laporan yang dikeluarkan portal pro-Barisan Nasional, BNBBC, Azmin menyatakan semua proses perolehan di negeri Selangor telah dibuat secara terbuka sejak tahun 2008.

Menurut Azmin, Menteri Besar tidak pernah terlibat dalam proses tersebut berikutan pembalakan diuruskan oleh Jabatan perhutanan negeri.

“Saya sendiri tidak pernah duduk dalam jawatankuasa tersebut.

“Jadi pencacai UMNO, itulah sebabnya. Ada ke orang nak percaya dengan orang macam itu? Bukti dia ada? Saya dah sebut banyak kali, yang ulang banyak kali tu kenapa?,”ujarnya.

Terdahulu, Badrul Hisyam mendakwa penyerahan projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mencecah RM45 juta milik Kerajaan Selangor kepada syarikat adalah satu kesalahan kerana ianya tidak melalui proses tender yang betul.

Projek tersebut melibatkan talian kawasan Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras.

Foto- BNBBC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");