Membawang Hari Ini

Cinta baharu Amar

BAGI peminat drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja, pasti runut bunyi drama tersebut, Cinta Kita sentiasa bermain di bibir mereka.

Merupakan sebuah lagu yang catchy, Cinta Kita merupakan duet pelakon popular tanah air Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Berkongsi mengenai penglibatan Amar sebagai penyanyi lagu itu, katanya, lagu tersebut merupakan projek khas yang dilakukan oleh penerbit drama itu, Suhan Movies & Trading.

“Pada awalnya, saya perlu menyanyikan lagu itu bersama Emma Maembong, tetapi kerana dia tidak dapat melakukannya, jadi Amyra terpaksa menggantikan Emma,” katanya.

Akui Amar, dia sememangnya meminati bidang muzik sejak dahulu lagi.

“Selain menyanyi, saya juga boleh bermain gitar dan drum. Jadi, bila diberikan peluang begini, saya rasa tidak patut untuk menolaknya,” katanya.

Jelasnya, dia turut merancang menjadikan bidang nyanyian karier keduanya selepas ini.

“Impian saya sejak dulu untuk memiliki sebuah kumpulan nyanyian. Bagaimanapun rezeki saya dalam bidang lakonan datang dahulu, terpaksalah saya ketepikan minat terhadap muzik.

“Siapa tahu, sekarang masa tepat untuk saya realisasikan impian tersebut. Lagipun, peminat mula menerima saya sebagai penyanyi,” katanya.

Jelasnya, Cinta Kita juga permulaan baik baginya mendekatkan diri sebagai penyanyi.

“Syukur sangat ia diterima dan mendapat respons baik. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");