Sukan Hari Ini

Cops buru Safuwan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan pemain pertahanan Lions XII, Safuwan Baharuddin sebagai pemain import terbaru bagi menguatkan cabaran skuad The Cops bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Safuwan, penjaring 10 gol untuk Lions XII dari 2012-2015, akan bersama bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Andrezinho, Dramane Traore dari Mali, dan kapten pasukan kebangsaan Maldives, Ali Ashfaq bagi melengkapkan kuota empat pemain import.

Ketua jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus mengesahkan Safuwan, 24, yang boleh beraksi di pertahanan dan tengah, menjadi pemain terbaru pasukan itu selepas berjaya menyelesaikan isu kontraknya yang berbaki setahun dengan Persatuan Bola Sepak Singapura.

“Berikutan itu, kami terpaksa gugurkan dua pemain import lain iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Jaime Braganca (Timor Leste) bagi mematuhi kuota pemain import,” katanya.

Pada saingan Liga Super 2015, PDRM menamatkan kempen di tangga keenam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");