Panasnya Hari Ini

DAP dan Israel Ada Hubungan?

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta supaya DAP menjelaskan hubungan parti itu dengan Israel berhubung dakwaan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa parti itu mendapat latihan daripada pakar perisikan Zionis.

Mohd Zuhdi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin DAP Perak, Chong Zhe Min terhadap sekatan yang dikenakan ke atas atlet Israel itu ternyata menimbulkan terhadap hubungan antara DAP dan Israel.

“Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulai Pinang, Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia,”katanya menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman web PAS.

Terdahulu, Mohamed Razali telah melontarkan tiga dakwaan terhadap DAP dan sehingga kini parti itu masih tidak membuat penafian yang jelas.

Antara dakwaan yang dibuat adalah pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Pua, yang mana Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

Selain itu, beliau mendakwa sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

Beliau juga berkata DAP didakwa ditawarkan dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebanyak USD300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pangkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Mohd Zuhdi berkata, DAP hanya boleh membersihkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mohamed Razali dengan mendakwa beliau di mahkamah.

“Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru.

“Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");