Jenayah

Dapat dadah daripada ‘boy’

SELAMA: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 58.5 gram dalam serbuan Ops Tapis di sebuah pondok di Kampung Titi Ijok di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, dua lelaki berusia 38 dan 43 tahun itu ditahan ketika sedang berehat di pondok itu pada jam 9 pagi.

Menurutnya, polis memeriksa suspek berusia 38 tahun dan menemui satu peket plastik dipercayai dadah jenis heroin di poket seluar suspek.

“Pemeriksaan ke atas suspek berusia 43 tahun tidak menemui barangan terlarang itu.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi suspek ditahan, kita menjumpai satu beg plastik kuning berisi empat peket plastik lut sinar dan empat tiub penyedut minuman berisi dadah jenis heroin; satu peket plastik lut sinar dan dua tiub penyedut minuman berisi dadah jenis syabu dan satu peket plastik lut sinar berisi daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Kedua-dua suspek yang bekerja kampung dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Selama untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis heroin,” katanya.

Soal siasat yang dijalankan mendapati, mereka memperoleh bekalan dadah jenis heroin dari individu dikenali sebagai ‘Boy’ dari Taiping.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai pengedar dadah yang aktif di kawasan itu turut ditahan dalam serbuan sama.

“Suspek yang tidak bekerja ditangkap di bawah Seksyen 3 (1) ADB 1952 dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");