Isu Panas

Dekati Orang Asli: Pas guna dakwah bil hal

SUNGAI SIPUT – Lajnah Dakwah Pas Perak menggunakan pendekatan dakwah bil hal (dakwah dengan perbuatan) untuk mendekati masyarakat Orang Asli.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, dakwah tidak terhad melalui ceramah, malah kunjungan ke kampung mereka juga mampu mengeratkan hubungan sesama saudara Islam.

“Kebanyakan mereka masih ketinggalan dalam aspek pembangunan rohani dan material, selain surau yang jarang diimarahkan kerana tiada keupayaan untuk memimpin solat,” katanya pada konvoi ke dua perkampungan Orang Asli, di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, dua penempatan masyarakat Orang Asli mendapat perhatian menerusi pendekatan berkenaan membabitkan Kampung Keledap dan Kampung Saseh.

“Majoriti penduduk Kampung Keledap beragama Islam dan memerlukan bimbingan fardu ain di surau yang ada.

“Manakala Kampung Saseh masih tiada surau.

“Kita bersama Pas Sungai Siput akan cuba mengatur kuliah bulanan bagi membimbing masyarakat Islam di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam kunjungan itu juga mendapati dua kampung berkenaan tiada sumber air bersih.

“Kira-kira 50 rumah di dua kampung ini menggunakan air sungai dan masing-masing berharap sumber air bersih,” katanya.

Konvoi dilancar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.’

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");