Berita Hari Ini

Demo gesa tukar nama tol

HULU BERNAM – Kedudukan Plaza Tol Tanjong Malim yang berada dalam kawasan Hulu Bernam, Selangor perlu ditukar kepada nama lain yang lebih tepat.

Ahli Majlis Zon Hulu Bernam, B Rajakumar berkata, ramai keliru dengan penggunaan plaza tol berkenaan.

“Pihak berwajib perlu menukar nama plaza tol itu kepada Plaza Tol Hulu Bernam.

“Nama plaza tol itu akan melambangkan imej besar kepada negeri Selangor,” katanya pada satu demonstrasi aman di Plaza Tol Tanjong Malim yang disertai kira-kira 50 ahli Malaysian Indian Voice (MIV) Hulu Selangor dan penduduk setempat, kelmarin.

Menurutnya, orang luar yang datang ke daerah ini keliru kerana perlu melalui plaza tol di Perak.

“Sebab itu kita gesa ia ditukar sama ada kepada Plaza Tol Hulu Bernam atau Bernam Jaya,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua MIV Hulu Selangor berkata, permohonan penukaran nama plaza tol tersebut telah dihantar kepada pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Berhad pada November lalu.

“Bagaimanapun, melalui maklum balas diterima, kelulusan dan persetujuan hanya tertakluk kepada kerajaan persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Plus Berhad turut menjelaskan nama persimpangan dan Plaza Tol Tanjong Malim adalah selaras dengan nama yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi antara Plus Berhad dan pihak Kerajaan Malaysia.

“Kita juga meminta kerjasama pihak LLM untuk meneliti perkara ini dengan mengambil kira suara penduduk dan faktor semasa.

“Jika lihat lokasi hentian Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam, ia lebih hampir dengan Tanjong Malim tapi kekal dengan imej Selangor,” katanya.

Menurutnya, plaza tol tersebut berada dalam lingkungan lima kilometer dari sempadan Perak tapi masih menggunakan nama Tanjong Malim.

Kata beliau, penukaran nama plaza tol itu dilihat mampu melonjakkan imej kawasan tersebut selain dapat menarik pelabur luar sekali gus memberi impak terhadap perkembangan ekonomi di sekitarnya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");