Perak Hari Ini

Deretan Tiga Buah Kedai Terbakar

BIDOR: Deretan tiga buah kedai terbakar dalam satu kejadian kebakaran yang belaku di Jalan Bidor, pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi.

IMG-20151224-WA0004

Sumber menyatakan kebakaran itu melibatkan sebuah kedai gunting rambut dan dua buah kedai makan Kelas ‘B’.

“Sebuah kedai makan dan sebuah kedai gunting rambut musnah terbakar 60 peratus manakala sebuah lagi kedai makan terbakar 10 peratus.

“Anggota bertugas menggunakan empat aliran 200 kaki, dengan empat pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya,” ujar sumber.

Sumber menyatakan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Operasi yang diketuai PBK II Foat itu berakhir pada jam 4.14 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");