Panasnya Hari Ini

Dewan Perniagaan Vape Malaysia Akur Keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Meskipun akur dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan penggunaan rokok eletrik atau vape adalah haram, Dewan Perniagaan Vape Malaysia masih mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mengkaji secara mendalam mengenai undang-undang berkaitan vape.

“Sebagai seorang Islam di Malaysia, mestilah akur dengan keputusan Majlis Fatwa.

“Bagaimanapun, ini tidak seharusnya merenjatkan proses kawal selia vape di Malaysia dari segi undang-undang,”kata Setiausa Dewan Perniagaan Vape Malaysia, Ridwan Rosli, memetik laporan MalaysiaKini,

Katanya, satu kajian diperlukan berkaitan vape dengan mengambil kira permintaan pengguna dan pada masa yang sama ianya mestilah memastikan keselamatan awam seperti yang dilakukan terhadap rokok sebelum ini.

“Kita sedia maklum bahawa rokok juga haram, tetapi pengawal seliaan dari segi undang-undang pembuatan, penjualan, pengedaran dan penggunaan rokok adalah jelas. Harap perkara sama juga untuk vape,”tegasnya.

Terdahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan semalam telah memutuskan bahawa penggunaan vape adalah haram selepas beberapa bulan isu itu sering dilontarkan dan dipersoalkan oleh masyarakat.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Abdul Shukor dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat setelah segala pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta pembaziran dan budaya tidak sihat dibuat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");