Perak Hari Ini

D’Patin Shell Out Mania Janjikan Kepuasan

IPOH: Dari masa ke semasa, pastinya akan ada trend terkini di negara ini terutamanya berkaitan makanan, kini, ‘shell out’ pula semakin menjadi sebutan orang ramai.

Di media sosial antaranya buruan peminat makanan laut masing-masing mempamerkan keunikan dan kehebatan sajian tersebut.

Begitu juga di Restoran D’Patin yang mula menempa nama sejak penubuhannya sekitar 8 bulan lalu kali ini tampil dengan menu baharu iaitu memperkenal hidangan versi ‘shell out’ yang diberi nama D’patin Shell Out Mania.

PERAKTODAY3 (18)

Mempertaruhkan harga yang berpatutan berbanding pengusaha makanan versi ini di sekitar Bandaraya Ipoh amnya, D’patin Shell Out Mania menawarkan harga pada RM22 hidangan dan boleh dinikmati oleh dua orang pelanggan.

Bagaimanapun hidangan ini boleh dinikmati pelanggan selepas waktu makan tengah hari bermula 5 petang sehingga jam 12 tengah malam.

Manakala pada hari Jumaat akan dibuka ianya kepada pelanggan sekitar jam 4 petang (selepas solat Asar).

PERAKTODAY1 (36)

Menurut pemilik restoran, Asri Zaid, pelanggan bakal disajikan dengan makanan laut seperti lala, ketam, udang, sotong dan sayuran yang dimasak dengan resepi tersendiri.

“Kami terkenal dengan menu Gulai Tempoyak Ikan Patin dan kali ini kami memperkenalkan D’patin Shell Out Mania untuk anda,” katanya.

PERAKTODAY2 (28)

Bagi yang berminat untuk merasai sendiri keenakan D’patin Shell Out Mania boleh mengunjungi restoran ini iaitu lokasinya di Zon C yang bersebelah dengan Kompleks Renang MBI Ipoh Perak.

Pelanggan juga boleh menghubungi terus pemilik restoran di talian 014 2210971 (Asri) untuk pertanyaan dan tempahan.

Restoran ini juga terkenal dengan makanan istimewanya iaitu gulai tempoyak patin dan pelbagai menu lain yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.

PERAKTODAY5 (3)

PERAKTODAY4 (5)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");