Jenayah

Dua individu nyaris terkorban

BUKIT BERUANG: Seorang lelaki dan wanita nyaris terkorban apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Istana, di sini, semalam.

Mangsa bagaimanapun sempat keluar dari kereta jenis Honda City berkenaan selepas melihat asap di bahagian hadapan dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa dipercayai datang dari arah Lebuh Ayer Keroh menghala ke persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Beruang sebelum terbabas di selekoh di hadapan Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.40 tengah malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota termasuk ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II Asraf Abdullah tiba lapan minit kemudian dan melihat api sudah marak.

“Namun api berjaya dikawal dua minit kemudian dan dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.36 pagi. Kejadian berkenaan tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai keluar sebelum kereta tersebut terbakar 80 peratus bagaimanapun dihantar ke hospital bagi merawat kecederaan ringan dialami mereka.

“Difahamkan, kereta dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar tiang di pembahagi jalan sebelum kenderaan mereka terbakar di kawasan selekoh berhampiran sebuah masjid,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");