Jenayah

Dua lelaki ditahan kes tikam di Setapak

KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes seorang petugas stesen televisyen swasta ditikam di Setapak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di kawasan berkenaan pada kira-kira 2 petang.

Insiden tikam itu dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

“Kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan mereka direman hari ini sehingga Rabu depan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, Ahmad Hawari Zakaria, 32, dilaporkan ditikam di perut dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");