Perak Hari Ini

Dua Rumah Hampir Musnah Di Selama

SELAMA : Dua buah rumah di kawasan perumahan awam Rendang Panjang di sini hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 1.30 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah teres jenis kelas A, iaitu rumah pertamq musnah hampir 40 peratus di bahagian bilik utama,” katanya.

Sementara itu, rumah kedua musnah hampir 10 peratus pada bahagian syiling sempadan rumah.

IMG-20151231-WA0006

Bagaimanapun kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan orang awam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak penyelamat telah melakukan pemadamkan secara menyeluruh dengan menggunakan dua saliran air daripada pili Bomba berhampiran bagi memastikan api padam sepenuhnya,” kata sumber lagi.

Operasi tamat sekitar jam 3.09 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");