Jenayah

Duit kuliah taruhan pakau

Subang Jaya: Sekumpulan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta yang sepatutnya menumpukan kepada pelajaran sebaliknya menghabiskan masa bermain judi pakau di sebuah restoran.

Mereka dikesan leka menghabiskan wang di premis terletak di Bandar Sunway di sini.

Aktiviti itu bagaimanapun dibongkar susulan tindakan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menyerbu restoran itu jam 8.30 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 15 kaki judi muda berusia antara 18 hingga 26 tahun ditahan ketika sedang asyik bertaruh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, serbuan terbabit dilakukan hasil intipan serta maklumat awam yang curiga terhadap aktiviti sekumpulan penuntut itu.

“Ketika serbuan, 15 kaki judi termasuk tiga wanita terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis dan gagal melarikan diri.

“Siasatan mendapati semua mereka adalah penuntut universiti swasta di daerah ini dan menganjurkan pertaruhan itu,” katanya.

Adnan berkata, hasil serbuan itu, polis merampas 770 cip, empat set daun pakau dan pelbagai peralatan judi.

“Semua yang ditahan itu dibawa ke IPD Subang Jaya dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan atau aktiviti mencurigakan boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");