Sukan Hari Ini

Elak ikat pemain ‘sakit’

Kuala Terengganu: Terengganu mengharapkan kehadiran pengendali kelahiran Manchester England Mike Mulvey sebagai Penasihat Teknikal merangkap penolong jurulatih bakal memberi impak positif dalam misi mendakap sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

Ketua jurulatih Terengganu Ahmad Yusoff berkata, kehadiran pengendali berusia 55 tahun yang memiliki kerakyatan Australia itu dapat membantunya dalam mengharungi saingan liga nanti.

Menurutnya, pengalaman luas dan sentuhan dimiliki Mulvey dalam mengendalikan kelab di Liga Australia amat ditagih dalam misi untuk menaikkan mutu bola sepak Terengganu, seterusnya mengintai peluang untuk memburu trofi.

“Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan corak diterapkan Mulvey dalam latihan. Kami akan berbincang untuk melakukan yang terbaik demi pasukan Terengganu.

“Berdasarkan rekod, Mulvey pernah mencipta kejayaan dalam Liga Australia. Pengalaman dimilikinya diharap mampu menjulang Terengganu mencipta kejayaan lebih bermakna musim depan,” katanya yang mengharapkan perkongsian idea dengan Mulvey mampu menjadikan skuad Penyu lebih mantap.

Ketika ditanya mengenai pemain import keempat, Ahmad berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam memilih pemain import bagi mengelak membuat keputusan merugikan pasukan.

Jurulatih berasal dari Pulau Pinang itu berkata, bagi mengelak daripada mengikat pemain ‘sakit’, pihak pengurusan alam memastikan pemain dipilih nanti berkualiti dan mampu menjadi penjaring tulen.

“Kami sudah mengenal pasti dan menyenarai pendek beberapa pemain termasuk dari Ghana, Brazil dan Senegal untuk memperkuatkan barisan penyerang. Tapi, kami tidak mahu mengambil sikap terburu-buru untuk mengelak daripada mengikat pemain kurang berkualiti,” katanya.

Musim depan Terengganu yang berhajat memburu trofi mengekalkan tiga tonggak import musim ini membabitkan Vincent Bikana yang beraksi di posisi pertahanan, Gustavo Lopez (tengah) dan Issey Nakajima-Farran (penyerang).-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");