Perak Hari Ini

Enam Generasi Keturunan Kulob Ahmad Berkumpul

KUALA KANGSAR: Majlis hari keluarga memang kerap kali diadakan, namun tidak semua majlis tersebut dapat menghimpunkan seluruh sanak saudara dari satu keturunan.

PERAK TODAY 1
Roslina Kopli

Berlainan pula bagi Roslina Kopli, 38, yang mana beliau telah mengadakan satu kelainan apabila menganjurkan ‘Majlis Hari Keluarga Tautan Kasih’ yang menghimpunkan enam generasi keturunan Kulob Ahmad di Sayong Resort, di sini, pagi tadi.

Menurutnya, idea untuk membuat majlis berkenaan tercetus selepas pertemuan antara beliau dan anaknya dengan saudara dari keturunan yang sama di sebuah kenduri beberapa bulan lepas.

“Saya terjumpa dengan saudara jauh saya di sebuah kenduri, dan saya terfikir untuk menghimpunkan seluruh keturunan Kulob Ahmad dalam satu majlis hari keluarga untuk merapatkan hubungan silatulrahim antara kami.

“Saya dan anak saya telah merancang majlis ini selama dua bulan. Saya bersyukur dengan kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh saudara-saudara yang lain banyak membantu menjayakan majlis ini,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di majlis berkenaan, pagi tadi.

Roslina berkata, sasaran awal kehadiran sanak saudaranya adalah seramai 1,000 orang. Namun atas beberapa faktor, hanya 500 orang sahaja yang dapat hadir ke majlis itu.

Ujarnya, melalui majlis ini, mereka dapat mengenali ramai sanak-saudara yang mana sebelum ini tidak dikenali oleh mereka.

PERAK TODAY 2
Azhar Kamarudin, generasi keempat

Dalam pada itu, Azhar Kamarudin, generasi keempat dari keturunan Kulob Ahmad berkata, terdapat sanak saudara yang dari pelbagai negeri seperti Kedah, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur.

Katanya, tahun ini keturunan Kulob Ahmad semakin bertambah dengan kelahiran generasi baru seramai tiga orang.

Azhar berkata, antara saudara yang tertua menghadiri majlis ini ialah dua ibu saudaranya yang berumur 78 tahun dan 75 tahun.

Beliau turut menjelaskan bahawa leluhurnya (moyang) iaitu Kulob Ahmad Sanapiah ataupun dipanggil Chu Kampar berasal daripada Manong, Perak dan lahir pada tahun 1898.

Tambah Azhar, kebanyakan generasi Kulob Ahmad pada masa ini hanya bekerja di kampung dan berada di sekitar Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");