Membawang Hari Ini

Erra sahut seruan amal jariah

Prinsip pelakon, penyanyi dan pengacara popular Erra Fazira ini cukup mudah apabila membabitkan urusan amal jariah.

Bagi Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, kerja amal dan kebajikan adalah perkara wajar dilakukan semua selebriti untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan.

Bintang berusia 41 tahun ini berkata, rezeki dan kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya atas tiket selebriti sebenarnya adalah tanggungjawab untuk menolong pihak yang wajib dibantu.

“Kita kerja siang dan malam cari duit takkan hendak belanjakan atau simpan semua bahagian untuk diri sendiri saja? Kalau belanja atau simpan semua pun bukan boleh buat bekalan apabila sudah tiada nanti.

“Jadi apa salahnya berkongsi dengan pihak yang memerlukan,” katanya.

Sehubungan itu, apabila dia terbabit dalam karnival amal #KamiBersamamu TV3 di Esplanade, Alamanda, Putrajaya, hari ini, ia bukan perkara pelik dan asing bagi anak seni ini.

“Tabung atau program amal memang banyak dalam negara ini daripada pelbagai saluran dan organisasi.

“Sesiapa pun boleh buat sebenarnya tapi untuk konsisten seperti program Bersamamu TV3 yang memasuki tahun ke-10 adalah perkara yang mengagumkan dan tidak perlu diragui,” katanya.

Ditanya mengenai pembabitannya dalam bidang perniagaan sejak setahun lalu, Erra berkata, dia mengakui perniagaan ialah cabang rezeki yang disukainya sejak di bangku sekolah.

“Saya memang suka dan aktif berniaga dari sekolah lagi. Masa itu, saya suka apabila mendapat hasil daripada berniaga kerepek di sekolah. Saya berniaga bukan disebabkan tekanan hidup tapi memang minat.

“Apabila dewasa, saya berjinak-jinak dalam perniagaan sejak beberapa tahun lalu, bermula dengan jualan hamper dan tudung secara kecil-kecilan ketika Ramadan.

“Lama-kelamaan, ia makin berkembang dengan biskut dan selendang pula sejak setahun lalu. Alhamdulillah ia menunjukkan potensi yang baik,” katanya.

Dalam karnival #KamiBersamamu yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam ini, Erra juga terbabit dalam lelongan amal beberapa barangan peribadi selain turut menjual biskut dan selendang.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");