Sukan Hari Ini

Fauzi tidak panik

Kuala Lumpur: Meskipun kehilangan hampir 90 peratus kekuatan susulan rombakan besar-besaran dilakukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan, situasi itu tidak mengundang rasa panik pengendalinya Mohd Fauzi Pilus.

Sebaliknya, beliau yakin dengan kehadiran beberapa pemain baru terutama dua tonggak import, Safuwan Baharudin (LionsXII) dan Andrezinho (Johor Darul Ta’zim II) mampu mengimbangi kekuatan pasukannya.

Jelasnya, topik utama yang kini menjadi fokus ketika latihan adalah benteng pertahanan yang disifatkannya punca kegagalan musim lalu.

“Kami menjaringkan banyak gol dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia, namun turut melepaskan jaringan besar sehingga menjejaskan tumpuan pasukan.

“Saya percaya dengan kehadiran Safuwan masalah itu boleh diatasi, sekali gus menambah keyakinan pemain lain.

“Lagipun dia yang sebelum ini bermain dengan LionsXII juga saya lihat bijak membaca gerakan penyerang lawan selain kebolehannya menjaringkan gol menerusi tandukan.

“Malah, saya juga yakin Andrezinho mampu memainkan peranan baik di bahagian tengah bersama Lot Abu Hassan dan Ashfaq Ali bagi memburu jaringan.

“Terus-terang saya tidak bimbang dengan ketiadaan pemain sebelum ini dan percaya pemain yang ada mampu membawa cabaran,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");