Perak Hari Ini

‘Feed The Need’: 50 Sukarelawan Turun Padang

IPOH: Seramai 50 mahasiswa dan mahasiswi daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bandaraya ini telah menyertai satu program sukarelawan yang dinamakan ‘Feed The Need: Let’s Make Some Sadaqah To The Need’ pada 13 November lalu.

Antara mahasiswa yang terlibat adalah ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Ipoh, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) serta mendapat kerjasama dengan Masjid Paloh, Ipoh.

photo_2015-12-13_22-32-38

Setiausaha PEMBINA Ipoh, Intan Syuaiba Md Yunus berkata, PEMBINA Ipoh menyifatkan program yang dianjurkan selama sehari ini berupaya memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa disamping melahirkan golongan belia yang prihatin.

“Program amal seperti ini memberikan pengalaman dan peluang kepada ahli PEMBINA Ipoh untuk tampil beraktivis serta bergaul bersama masyarakat sekaligus melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang menyeluruh dari aspek akademik, sosial dan juga ‘soft skills’.

“Program yang berjalan selama sehari ini terdiri daripada pengagihan makanan dan peralatan kebersihan kepada golongan gelandangan seramai 90 orang dan aktiviti membersihkan kawasan sekitar Masjid Paloh, Ipoh,”katanya, menerusi satu kenyataan media.

photo_2015-12-13_22-32-14

Tambah Intan Syuaiba lagi, sumbangan yang diberikan kepada gelandangan juga adalah hasil sumbangan derma orang ramai.

“Ini merupakan salah satu sifat yang wajar dicontohi oleh segenap masyarakat umum dalam melahirkan masyarakat yang prihatin sesama sendiri.

“PEMBINA Ipoh berharap agar program amal seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap dalam membantu mereka yang memerlukan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");