Perak Hari Ini

Fitnah: Ahli Parlimen Sangkal Keluar Kenyataan

IPOH: Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi hari ini menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang disebarkan di media-media sosial.

Terdahulu, terdapat sekeping gambar yang bertulis ‘Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST, kalau tak nak bayar GST, beli barang yang tak ada GST”.

Bagaimanapun, beliau menafikan fitnah tersebut melalui status terbaharu di Facebook miliknya, YB Dr. Noor Azmi.

“Sekali lagi mainan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,”tegasnya, malam tadi.

Sementara itu, Noor Azmi ketika dihubungi oleh Perak Today berkata, 8ni merupakan kali kedua selepas kenyataannya diputarbelitkan.

“Ini telah diviralkan selepas saya membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada Mei lalu.

“Saya tak cakap macam itu. Kenyataan saya telah diputarbelitkan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");