Berita Hari Ini

G25 golongan yang terbabas

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan sesetengah pihak di negara ini yang cuba mendesak pemansuhan undang-undang melibatkan maksiat pergaulan bebas.

Menurut beliau, mereka ini boleh diibaratkan sebagai golongan yang terbabas kerana melanggar undang-undang.

“Sangat mengejutkan apabila muncul di tanah air kita yang sudah lama memeluk Islam, spesies manusia yang mendesak supaya ditiadakan undang-undang hukuman terhadap maksiat bergaul bebas. Manusia yang bijak mampu mengadakan undang-undang sendiri dalam skop yang diizin oleh ALLAH, bagi keselamatan dirinya, maruah, keluarga dan harta.

“Contohnya undang-undang jalan raya, setiap orang yang berlesen memandu dibebaskan mengikut jenis lesennya dan bebas memandu mengikut sempadan undang-undangnya. Apabila melanggar undang-undangnya dan berlaku kemalangan maka dikatakan keretanya terbabas bukannya bebas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada desakan kumpulan G25 sebelum ini yang mahu undang-undang berkaitan khalwat dimansuhkan.

Pengerusi G25, Datuk Noor Farida Ariffin dilaporkan berkata, hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Menurut Abdul Hadi, sekiranya golongan yang terbabas ini tidak bertaubat mereka akan mendapat kemurkaan di akhirat.

“Kecederaan terbabas di jalan raya boleh diubat dan dirawat tetapi terbabas melakukan yang haram kalau tidak bertaubat menyebabkan celaka di dunia dan neraka di hari akhirat,” katanya.

Katanya, ALLAH mencipta alam dengan setiap makhluk mempunyai sifat fitrah atau naluri (nature).

Namun beliau berkata, dalam masa sama ALLAH turut meletakkan sempadan kepada manusia supaya tidak terkeluar daripada fitrah atau nalurinya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");