Sukan Hari Ini

Gasquet tarik diri buka peluang Edmund beraksi

Sydney: Pemain nombor tiga Britain Kyle Edmund (gambar) berjaya menyelitkan namanya dalam undian utama kejohanan tenis Terbuka Australia bulan depan apabila Richard Gasquet menarik diri akibat kecederaan.

Pemain berusia 20 tahun itu tidak berada dalam kelompok pemain layak secara automatik apabila senarai pemain kejohanan berkenaan dikeluarkan awal bulan ini.

Begitupun, peluangnya untuk beraksi di kejohanan Grand Slam itu muncul selepas Gasquet yang juga pemain nombor sembilan dunia, menarik diri akibat kecederaan belakang.

Sebelum ini, Juan Monaco dari Argentina dan Thanasi Kokkinakis (Australia) turut menarik diri.

Edmund yang menduduki tangga ke-102 dunia, layak mara daripada pusingan kelayakan di Melbourne pada edisi tahun ini sebelum tewas kepada pemain Amerika Syarikat Steve Johnson pada pusingan pertama.

Dia sepatutnya layak secara automatik untuk kejohanan bulan depan tetapi namanya tercicir selepas lima pemain menggunakan kedudukan mereka dalam ranking dunia sebagai modal untuk beraksi di Grand Slam pertama tahun depan yang bermula 18 Januari nanti.

Edmund antara pemain pasukan Great Britain yang menewaskan Belgium bulan lalu untuk menjulang Piala Davis buat kali pertama dalam tempoh 79 tahun.

– Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");