Jenayah

Gempur premis ‘ala kasino’

KUALA LUMPUR: Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) Bukit Aman, menggempur sebuah premis yang dijadikan sebagai mini kasino di Bandar Sunway, Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan pemantauan pihaknya beberapa hari lalu.

Menurutnya, pihaknya percaya kewujudan aktiviti perjudian ala casino ini adalah satu alternatif bagi penganjur menarik kaki-kaki judi utk melepaskan ketagihan berjudi.

“Kita juga percaya kebanyakan pengunjung kini kerap memilih premis sedemikian berikutan kekerapan serbuan polis ke atas premis-premis judi online sekarang.

“Dengan serbuan ini, Stagg sedang memantau peralihan dan perkembangan serta bersama-bersama pihak polis kontinjen atau daerah secara bersepadu menangani peralihan modus operandi ini,” katanya.

Operasi yang dijalankan seawal jam 9.30 malam itu, turut menyerbu enam premis lain yang juga didapati menawarkan aktiviti perjudian termasuk perjudian atas talian atau online di sekitar daerah Kajang, Bandar Baru Bangi dan Port Dickson.

Beliau berkata, keseluruhan operasi berjaya menahan seramai 54 individu berusia 20 hingga 45 tahun.

Katanya, 11 daripada yang ditahan adalah penjaga atau operator dan selebihnya ialah pemain termasuklah warga asing.

“Dengan itu, kita telah merampas beberapa barang yang digunakan dalam aktiviti perjudian seperti komputer riba, dokumen berkaitan perniagaan, wang tunai, alatan internet, dadu, daun terup dan chip,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan modus operandi premis terbabit, Khairi mendedahkan, premis perjudian tanpa lesen itu beroperasi secara bersembunyi untuk pelanggan tetap, selain dikawal melalui kamera litar tertutup (CCTV).

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");