Sukan Hari Ini

Gergasi Liga M ‘tiru’ JDT – TMJ

JOHOR BAHRU – Dulu, apa sahaja Johor Darul Ta’zim (JDT) buat, ada sahaja orang mengata, namun, JDT kini menjadi ikutan kelab bola sepak lain di negara ini, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata, langkah kelab kaya Liga Malaysia (Liga M) seperti Pahang, Selangor, Terengganu dan Felda United berbelanja besar bagi musim 2016, sudah lama dilakukan PBNJ sejak tahun 2013 lagi.

“Mereka buat apa yang kita pernah buat pada tahun 2013, kita sudah tunjuk betapa serius kita sebagai kelab baharu dengan keinginan besar dan mahu menjadi sebuah kelab berjaya sebab itu kita ambil pemain seperti Daniel Guiza.

“Itu semua adalah pemasaran, kita sudah mula dulu, mereka sekarang baru nak berjalan, sama sahaja prosesnya dan saya suka kerana yang bagusnya kita bantu bola sepak negara ia menjadi lebih kompetetif, orang lain ikut apa kita buat.

“Tapi sekarang kita dah nampak pencapaian kita, JDT sudah ada asas yang bagus, jadi kita tidak perlu berbelanja besar sekali gus kini perlu memberi tumpuan kepada perkara lain seperti mempertingkatkan fasiliti dan sebagainya,” katanya yang berharap segelintir penyokong tidak lagi mempersoal kenapa PBNJ tidak berbelanja besar untuk musim 2016

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan beliau untuk menjaga kedudukan kewangan kelab, sekali gus kekal kukuh dalam tempoh 50 tahun akan datang menerusi infrastruktur yang baik, projek pembangunan yang teratur dan mantap.

Ia katanya, termasuk program akar umbi yang disifatkan pen­ting bagi menarik penaja dalam usaha mengukuhkan pasukan dan mengekalkan nama di luar negara kerana bagi beliau tidak guna menang berpuluh piala tetapi dunia tidak mengenali JDT.

Beliau berkata, dalam tempoh singkat membina sebuah pasukan mantap, JDT bukan sahaja sudah mengukir kejayaan, malah mencipta sejarah yang negara Asia Tenggara lain tidak pernah buat iaitu muncul juara Piala AFC yang dirangkul pada tahun ini.-utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");