Sukan Hari Ini

Gol Benteke Bantu The Reds Benam Sunderland

CHRISTIAN Benteke muncul wira Liverpool apabila membantu pasukan itu menewaskan Sunderland 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Stadium of Light, awal pagi Khamis.

Ia adalah jaringan kedua Benteke dalam tempoh lima hari ketika Liverpool berusaha untuk merapatkan jurang dengan musuh tradisi Manchester United.

United menduduki tangga keenam dengan 30 mata manakala Liverpool ketujuh, juga mengutip 30 mata.

Ketika kedua-dua pasukan bergelut untuk memecah kebuntuan, Benteke memanfaatkan hantaran Adam Lallana dengan melakukan rembatan kencang menerjah gawang Sunderland pada minit ke-46.

Sunderland kini menduduki dua tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 12 mata.

Pasukan tuan rumah akan mengharungi aksi tahun baru menentang tiga pasukan yang menduduki tangga kelima tercorot liga iaitu, Aston Villa, Swansea City dan Bournemouth.

Sekiranya Sunderland merekodkan kemenangan terhadap ketiga-tiga pasukan itu, maka peluang untuk terus kekal dalam aksi Liga Perdana Inggeris lebih cerah.

Namun Liverpool juga masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam usaha merebut kedudukan keempat bagi melayakkan diri pada aksi Liga Juara-Juara.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");