Sukan Hari Ini

Hamilton kekal positif

Kuala Lumpur: Juara dunia tiga kali Lewis Hamilton tidak gentar dengan pencapaian mendadak rakan sepasukannya Nico Rosberg yang mendominasi tiga pusingan terakhir saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Sebaliknya pemandu Mercedes AMG PETRONAS itu berkata, pesaing sebenar baginya adalah dirinya sendiri.

“Saya tidak pernah terlalu memikirkan mengenai pesaing saya. Apa yang sering saya fikirkan adalah bagaimana untuk mengatasi catatan masa terbaik saya sendiri.

“Apapun, saya tetap bersedia dengan pelbagai cabaran musim depan,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas PETRONAS Winning Formula semalam selepas berakhir saingan musim ini.

Ditanya bagaimanakah dia mampu mengawal hubungannya dengan Rosberg musim depan selepas dilihat agak tegang musim ini, Hamilton mempunyai pandangannya sendiri.

“Kami mula bersaing sejak berusia 13 tahun lagi. Dalam konteks F1, keutamaan kami berdua adalah membantu pasukan untuk muncul juara pengeluar.

“Selain itu iaitu di litar, saya menganggap semua pelumba adalah pesaing. Tapi di luar, kami tetap OK,” katanya.

Rosberg dilihat memberi amaran awal kepada Hamilton musim depan apabila memenangi tiga perlumbaan terakhir secara berturut-turut iaitu di Mexico, Brazil dan Abu Dhabi.

Sebelum itu, hubungan kedua-dua pemandu itu dilihat agak tegang lebih-lebih lagi selepas Hamilton dinobat selaku juara dunia buat kali ketiga ketika Rosberg masih kempunan untuk meraih gelaran sulung.

Sementara itu, Hamilton menafikan kegagalannya mendominasi perlumbaan sejak kebelakangan ini adalah kerana sering berparti.

“Saya tidak perlu memikirkan mengenai kritikan itu. Saya adalah juara dunia tiga kali,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");