Membawang Hari Ini

Hanis Zalikha mengandung 4 bulan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha disahkan hamil empat bulan oleh suaminya, Hairul Azreen di laman Instagramnya.

Hairul menerusi kiriman terbaharu memuat naik gambarnya bersama Hanis ketika berada di Jabal Rahmah, Arafah.

Pasangan itu yang berkahwin Jun lalu ketika ini sedang menunaikan umrah. Gambar yang dimuat itu sudah mendapat 60,000 lebih ‘likes’ selain mendapat komen ucapan tahniah daripada pengikut mereka.

“Dua tahun lalu, di sini (Jabal Rahmah) saya doa untuk dijodohkan dengan dia (isteri). Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Tuhan makbulkan bersama isteri. Alhamdulillah di tempat pertemuan Adam dan Hawa ini, saya nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua yang isteri saya sedang mengandung empat bulan,” katanya.

Sementara itu, Hanis pula di laman Instagram miliknya turut memuat naik gambar dia dan suami di Masjid Nabawi, Madinah beserta ucapan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraannya.

“Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik mengiringi. Semoga lancar semuanya dan kami dapat jadi ibu bapa yang baik untuk amanah ini,” kata Hanis.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");