Panasnya Hari Ini

Harga Barang & Perkhidmatan: Gesa Kerajaan Rujuk Akujanji

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Malaysia menyarankan supaya Kerajaan Barisan Nasional (BN) melihat semula akujanji yang dibuat sebelum ini kerana rakyat kini tidak boleh menerima tindakan Kerajaan yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Saranan itu dilontarkan oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Kali Ke-69 di sini hari ini.

“Saya selaku Ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang Aku Janji BN. Kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke `breaking point’.

“Jadi cukup-cukuplah. Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan mereka yang sedang marak membara,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, Pemuda UMNO sendiri akan membantah tindakan jika masih terdapat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan selepas ini.

“Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough.

“Pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun. Sama juga dengan kenaikan yang lain,” ujarnya lagi.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Pemuda UMNO tegasnya hanya ingin mendengar perkara-perkara yang baik dan menyenangkan hati rakyat.

“Dua tahun akan datang ini, oleh kerana kita sudah membuat segala penjimatan melalui GST, pemotongan subsidi, kenaikan tarif, tambang, tol dan sebagainya. Pemuda hanya mahu mendengar berita yang baik-baik dan menyenangkan rakyat sahaja.

“Inilah masanya kita gunakan segala penjimatan yang dikatakan kita perolehi daripada segala langkah pedih ini untuk menggembirakan rakyat. Tunjukkan bahawa langkah penjimatan selama ini boleh membawa kebaikan pada mereka,” ujarnya.

Pemuda UMNO juga menggesa pihak kerajaan supaya menyediakan diskaun khusus untuk orang muda yang menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh semua terutamanya golongan muda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");