Sukan Hari Ini

Higuain bantu Napoli teraju liga

Milan: Gonzalo Higuain meledak jaringan pada setiap babak ketika membantu Napoli mengatasi Inter Milan 2-1 dalam pertemuan di San Paolo sekali gus membolehkan mereka merampas tangga teratas Serie A.

Inter bertandang ke selatan Itali untuk berdepan ujian getir dalam usaha memenangi gelaran musim ini dan dikejutkan dengan persembahan luar biasa skuad kendalian Maurizio Sarri itu. Impian mereka untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas, lebur selepas Yuto Nagatomo dilayangkan kad merah sebelum rehat.

Namun Inter berjaya menyusun kembali barisan dan Adem Ljajic menjaringkan gol pada minit ke-60 hasil gerakan solo. Walaupun Inter cuba melawan dan dua cubaan mereka singgah di palang tuan rumah, ia ternyata tidak cukup untuk menghalang Napoli memintas dengan kelebihan satu mata di tangga teratas.

Inter kini menduduki tangga kedua dengan Fiorentina yang diikat seri 1-1 di Sassuolo kelmarin, ketinggalan satu mata di tempat ketiga.

Higuain dan pemain Napoli diberikan tepukan gemuruh di San Paolo dan penyerang Argentina itu menghadiahkan jaringannya kepada bandar dan penyokong setia pasukan.

“Ia malam yang penuh magis. Saya gembira bagi pihak penyokong, pasukan dan warga Naples,” kata Higuain.

“Saya rasa kami berhak menang, bukan selalu kami dapat memimpin Serie A. Musim masih panjang dan kami perlu mengukuhkan kedudukan.” -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");