Panasnya Hari Ini

iM4UNITY Satukan Golongan Belia

KUALA LUMPUR: Dalam memupuk semangat nilai-nilai murni dan kemanusiaan dalam diri belia, 1Malaysia For Youth (iM4U) dengan kerjasama HC Consultants Group telah menganjurkan program iM4UNITY.

Program pertama ini telah diadakan pada November lalu di Persatuan Bantuan Keluarga Selangor, Ulu Yam dan bagi sesi kedua pula diadakan pada 5 dan 6 Disember lalu di Outbac Broga Adventure Camp, Semenyih.

Ketua Pegawai Operasi iM4U, Rudy Malik berkata, antara pengisian program tersebut adalah seperti ceramah kepimpinan, persembahan kebudayaan dan pelbagai aktiviti lain untuk mengasah bakat serta sifat positif para belia selain daripada memanfaatkan perpaduan dikalangan ahli pasukan.

“Program iM4UNITY dianjurkan untuk memupuk kasih sayang, perpaduan dan kepimpinan belia dalam negara.

“Matlamat program ini adalah untuk menyatukan belia dari pelbagai latarbelakang. Kami berharap iM4UNITY dapat memberi kesedaran kepada rakyat serta menghasilkan bakal Duta Perpaduan iM4U,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pengasas HC Consultants Group, Sunil Hasmukharay pula berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan iM4U dalam menganjurkan program sebegini.

“Program ini adalah sebahagian daripada siri ‘Menyentuh Hati, Transformasi Hidup’ dan kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan iM4U.

“Matlamat kami adalah untuk transformasikan hidup belia sambil mewujudkan negara yang aman, penyayang dan bertimbang rasa,”ujarnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui mengenai aktiviti iM4U boleh melayari laman sesawang di www.im4u.my atau ikuti 1MalaysiaForYouth di laman media sosial Facebook dan im4youth di Instagram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");