Sukan Hari Ini

Ismail Zakaria bimbing Kuala Lumpur

BEKAS pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria kini sah membimbing Kuala Lumpur bagi saingan Liga FAM 2016.

Ismail sudah bersama Sime Darby sejak 2010 adalah individu yang memainkan peranan penting ketika membawa Pembunuh Gergasi ke Liga Premier pada 2011 serta Liga Super pada 2014.

Bagaimanapun, aksi tidak menentu Sime Darby pada saingan Liga Super musim ini memaksa Ismail mengambil keputusan mengundur diri dan mengikat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk tempoh setahun.

Katanya, keputusan dibuat adalah berdasarkan akan perancangan The Hawks untuk saingan Liga FAM musim depan selain kesungguhan barisan pengurusan KLFA.

“Mereka betul berminat mendapatkan khidmat saya, walaupun beraksi dalam Liga FAM tetapi kesungguhan pengurusan nyata menarik minat saya untuk terus mencurah khidmat selaku jurulatih,” katanya yang turut mendapat beberapa tawaran pasukan lain.

Mengulas barisan pemain yang bakal menyertai pasukannya, Ismail yang juga mesra dikenali IZ berkata, ia terdiri dari beberapa pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Terengganu dan Selangor yang dilihat mampu memberikan cabaran.

“Pasukan juga bakal dibarisi pemain import dan beberapa pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini yang akan diperkenalkan selewat-lewatnya pertengahan Januari nanti.

“Bila tiba masanya kita akan memaklumkan kepada media dan mengharapkan kita mampu merealisasikan impian memastikan Kuala Lumpur kembali di kenali, Insya ALLAH,” katanya yang telah memulakan tugas membimbing Hawks mulai awal Disember ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");