Jenayah

Jaja logo JPJ

Kuala Lumpur: Ada pihak dikesan mengaut keuntungan dengan menjual pelekat kenderaan tertera logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada harga RM20 sekeping melalui aplikasi WhatsApp.

Pelekat itu didakwa boleh menjadikan pemilik kenderaan ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan undang-undang jika ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan pelekat dijual pada harga sehingga RM40 sekeping turut dibeli oleh tonto serta orang awam.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri berkata, JPJ tidak pernah menjual pelekat kenderaan sebegitu kepada orang ramai termasuk kakitangan sendiri.

Menurutnya, pelekat yang dijual itu sememangnya mirip lambang rasmi JPJ, tetapi tidak diketahui motif penjualan pelekat itu kepada orang awam seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");