Panasnya Hari Ini

Jakim: Kerjasama Orang Awam Diperlukan Banteras ‘Penceramah’ Alam Maya

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik kerjasama orang ramai bagi membantu membanteras penularan penceramah tanpa tauliah terutamanya yang dilihat menyebarkan ceramah dan berkongsi pemikiran yang terbukti tidak selari dengan aliran akidah Ahlusunnah Wal Jamaah.

Penularan tersebut berlaku terutamanya kini di laman perkongsian video Youtube dan laman sosial.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha para penceramah di yang menggunakan media sosial dan media elektronik akan terus dipantau menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jakim telah maklum berkaitan isu ini dan sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara.

“Jakim akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, pemantauan secara berterusan perlu berikutan penyebaran maklumat berkaitan Islam semakin mudah diperolehi samada dalam bentuk tulisan, gambar atau video dalam dunia teknologi maklumat kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");