Sukan Hari Ini

James, Hassan pacu Sang Badak

Kota Kinabalu: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengesahkan dua legenda, James Wong dan Hassan Sani akan bersama skuad Badak untuk memantapkan tenaga pengurusan pasukan musim depan.

Timbalan Presiden SAFA Datuk Lawrence Gimbang berkata, kehadiran dua legenda itu diyakini mampu menyuntik semangat pemain muda bagi mengharungi musim baru Liga Perdana 2016.

“Kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu akan terbabit secara langsung bersama pasukan musim depan.

“Namun bidang tugas mereka akan diumumkan kelak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak Pegawai Pasukan dan Jurulatih di Ibu Pejabat SAFA, kelmarin. Hadir sama, Setiausaha Agung SAFA Alijus Sipil.

Lawrence berkata, pihaknya berharap penyokong setia Sang Badak akan terus memberi sokongan kepada pasukan bagi mengharungi musim baru tahun depan.

“Sudah pasti semua pihak mahu yang terbaik untuk musim baru dan kami berharap penyokong akan terus setia,” katanya.

Lawrence berkata, pemilihan Vjeran Simunic, 62, sebagai pengendali baru Sabah dilihat mampu menerajui pasukan itu dalam saingan Liga Perdana.

“Saya berharap jurulatih berasal dari Croatia itu dapat membina pasukan hebat yang dibarisi pemain muda tempatan.

“Untuk membina sebuah pasukan terbaik, ia memang memerlukan masa selain tidak mengharapkan keajaiban.

“Beri kami dua hingga tiga tahun untuk membangunkan pasukan dan seterusnya mengotakan sasaran untuk ke Liga Super,” katanya.

Beliau berkata, selain mengutamakan pemain muda tempatan, pihaknya akan memburu pemain import tempatan dan luar negara bagi memantapkan jentera pasukan.

“Kami akan serahkan sepenuhnya kepada Simunic untuk membuat pemilihan pemain,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");