Berita Hari Ini

Jangan Takut Jadi Usahawan – Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu berani untuk menjadi usahawan dan memohon geran yang disediakan kerajaan melalui SME Bank.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata menurut satu kajian di negara-negara maju, didapati kebanyakan rakyatnya terdiri daripada usahawan.

“Mulai tahun depan, MITI akan menganjurkan lebih banyak kursus tentang perniagaan dalam talian.

“Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menyertai kursus ini, tidak ada masalah jika ia dibuat pada waktu malam atau hujung minggu agar tidak mengganggu prestasi kerja mereka,” katanya pada taklimat media semasa lawatan beliau ke pangkalan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) di sini.

Beliau berkata selain mempunyai pekerjaan sepenuh masa, mereka boleh mempertimbangkan untuk menjalankan perniagaan dalam talian memandangkan potensinya yang besar, dengan peningkatan pelbagai barang dan perkhidmatan seperti menjual pakaian dan kasut serta penghantaran makanan.

Ahmad berkata, di negara-negara maju, bukan suatu yang luar biasa bagi seseorang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan.

Beliau berkata pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif SAS Ismail Asha’ari merupakan usahawan yang berjaya dan patut diberi pujian kerana kegigihan beliau dalam perniagaan.

“Pejabat pertama SAS telah diubahsuai daripada tandas di pejabat Jabatan Penerbangan Awam pada awal tahun 1990-an, dan kini sudah mempunyai tiga hangar dan hampir 100 pekerja,” katanya.

SAS adalah antara syarikat yang dipaparkan dalam kempen “Your Success Our Story” SME Bank, yang mula mendapatkan pinjaman SME Bank pada 2007 dan setakat ini mempunyai pinjaman dengan bank berkenaan berjumlah RM30 juta.

Dana SME Bank termasuk Tabung Usahawan Muda dengan nilai kelulusan sebanyak RM38.9 juta pada Oktober 2015, Tabung Usahawan Siswazah (RM214.4 million) dan SME-Go (RM21 juta).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");