Membawang Hari Ini

Janji muzik luar biasa

Tinggal seminggu lagi 2015 bakal melabuhkan tirai. Bagi kumpulan muzik elektronik Galantis, mereka sudah tidak sabar melangkah ke tahun baru dengan beberapa perancangan menarik.

Dalam sesi temu bual di ibu kota, baru-baru ini, kumpulan dianggotai Christian Karlsson dan Linus Eklow menjanjikan muzik luar biasa kepada peminat.

Baru sahaja melancarkan album sulung, Pharmacy pada Jun lalu, duo dari Sweden yang terkenal dengan single Runaway (U & I) memberitahu bakal memperkenalkan banyak lagu baru tahun depan.

Turut berhasrat menghasilkan album kedua, Karlsson berkata Galantis juga akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negara.

“Banyak rancangan menarik untuk tahun depan antaranya memperkenalkan lagu baru dengan remix.

“Buat masa ini kami sibuk menyiapkan dua single dan selepas itu barulah cari material untuk karya baru,” katanya.

Kumpulan itu berada di Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu untuk bertemu peminat dan menjayakan persembahan di Zouk Club KL.

Mengenai pencalonan Galantis dalam Grammy Awards 2016, Karlsson mengakui bukan mudah untuk terpilih berikutan persaingan muzik elektronik pada tahun ini sangat sengit.

“Sudah tentu kami bangga dan pencalonan dalam kategori Dance Recording Terbaik sangat bermakna bagi kami.
“Ramai artis hebat pada tahun ini dan peluang untuk dicalonkan bukan senang,” katanya.

Berceria lanjut mengenai single Runaway (U & I), Karlsson menegaskan ia cukup istimewa kerana sukar dihasilkan.

“Memang susah menghasilkan lagu ini malah kami mengambil masa lama memikirkan cara untuk menjadikannya sedap didengar,” katanya.

Karlsson mengakui kesukaran itu membuatkan dia dan Eklow hampir berputus asa beberapa kali.

“Ini kerana single itu ada pre-korus dan verse, membuatkan kami berasakan seperti menghasilkan tiga lagu berbeza.

“Bagaimanapun, kami gembira apabila lagu ini dapat disiapkan dan ia mendapat maklum balas positif peminat,” katanya.

Album Pharmacy memuatkan 13 lagu antaranya Runaway (U & I), Peanut Butter Jelly dan Firebird.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102250#sthash.E49M4N3U.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");