Isu Panas

Jawatankuasa bukan penyelesaian masalah

SHAH ALAM – Pembentukan satu jawatankuasa baharu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mengatasi kenaikan harga barang dan kos sara hidup bukan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, kerajaan pernah menubuhkan jawatankuasa seumpama itu pada Julai 2011 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, namun tiada hasil.

“Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas berjuta-juta ringgit dibelanjakan dalam makmal tersebut? Berapakah banyak lagi jawatankuasa yang ingin ditubuhkan?

“Hakikatnya, fenomena harga barang naik sekarang kerana kegagalan dasar ekonomi kerajaan BN. Pelaksanaan GST, pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan tol lebuh raya, dan kenaikan harga tiket pengangkutan awam semua diputuskan kerajaan BN sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tze Tzin, PKR tidak menaruh harapan kepada jawatankuasa baharu ini dan menjangkakan satu ‘tsunami inflasi’ bakal menimpa negara pada 2016 dengan pemotongan pelbagai subsidi oleh Kerajaan Pusat

Antaranya, pemotongan subsidi elektrik, beras, minyak masak dan tepung gandum.

“Jawatankuasa baharu serta mesyuarat dan dialog tidak akan menyelesaikan masalah harga barang naik selagi dasar ekonomi kerajaan BN tidak berubah,” katanya.

Tegasnya, kerajaan juga membuat pengumuman harga gas asli akan dinaikkan mulai Januari 2016.

“Ini sudah pasti akan melonjakkan tarif elektrik kerana separuh penjanaan elektrik di negara kita menggunakan gas asli sebagai bahan api.

“Akibatnya, barang akan dijual pada harga lebih tinggi lagi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");