Panasnya Hari Ini

Jelajah Amal M’sia – Thai, Bantu Murid Sekolah Yang Tidak Berkemampuan

KUALA LUMPUR: Biro Kebajikan UMNO dengan Kerjasama Kelab Putera UMNO serta Kelab 4×4 Selangor telah mengadakan satu sesi penjelajahan Konvoi Amal Jelajah Malaysia-Thailand 4×4.IMG-20151211-WA0002

Menurut Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, siri jelajah yang diberi nama ‘Back To School’ itu bertujuan untuk membantu kira-kira 1,000 orang murid sekolah yang tidak berkemampuan

“Penjelajahan selama lima hari bermula hari ini akan berkunjung ke beberapa kawasan antaranya Gerik, Pengkalan Hulu, Perak, seterusnya ke Baling, Kedah dan berakhir di Yala Thailand.

“Majlis pelepasan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di tempat letak kereta di Dewan Merdeka,” katanya.

IMG-20151211-WA0003

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Pelepasan Konvoi Amal Jelajah Malaysia-Thailand 4×4 di Dewan Merdeka, pagi tadi.

Tambahnya lagi, jelajah tersebut telah disertai oleh sebanyak 80 buah trak pikap 4×4 yang terdiri daripada golongan profesional seperti juruterbang, pengurus bank dan sebagainya.

“Pasukan ‘Back To School’ ini akan membawa kelengkapan sekolah seperti pakaian sekolah, kotak pensil, beg dan sumbangan duit kepada mereka yang memerlukan serta fakir miskin.

“Jelajah ini akan berakhir pada 14 Disember ini dan ianya adalah hasil usaha Biro Kebajikan UMNO, Kelab Putera UMNO dan Kelab 4×4 Selangor,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");