Sukan Hari Ini

Jing Yi sedia berentap

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi (gambar) bersedia berdepan juara remaja dunia, Goh Jin Wei pada dalam perlawanan akhir Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan namun dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi separuh akhir hari ini.

Bagaimanapun, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam, Jing Yi terpaksa bermandi peluh untuk mencari slot ke separuh akhir apabila diheret ke perlawanan rubber set sebelum menang 20-22, 21-17, 21-14 ke atas Ng Qi Xuan.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, dia tidak berpuas hati dengan permainannya semalam walaupun mengalahkan Qi Xuan kerana banyak melakukan kesilapan mudah.

“Mungkin lawan memberi tekanan kepada saya. Saya pula tidak mahu tumpas kepadanya kerana lebih senior. Banyak pukulan saya terkandas di jaring sehingga membolehkannya meraih mata,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jing Yi yang muncul juara pada 2009, 2010 dan 2012 di kejohanan ini akan bertemu Lee Zii Yi dalam aksi separuh akhir hari ini.

Ditanya mengenai hasrat Jin Wei untuk bertemunya dalam saingan akhir, Jing Yi berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara itu kerana akan memberi tekanan kepada dirinya sendiri.

“Sebelum ini saya pernah menumpaskannya di Sirkit Kebangsaan Terbuka Perak jadi saya rasa kedua-dua pemain akan memberikan permainan terbaik jika bertemu di perlawanan akhir.

“Saya tidak takut untuk menentangnya di perlawanan akhir, mungkin saya dan dia berdepan tekanan kerana mahu menang. Bagaimanapun, kita tunggu aksi separuh akhir dulu esok (hari ini),” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Kata Jing Yi, dia berada dalam keadaan baik termasuk dari segi kecergasan dan bersedia untuk mengharungi perlawanan satu set demi satu set.

Jin Wei yang muncul juara Kumpulan B bakal mengulangi aksi akhir Kejohanan Remaja Dunia Peru apabila akan berdepan Lee Ying Ying (naib juara Kumpulan A).-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");