Berita Hari Ini

JPJ keluar 60 saman dalam 3 jam

GURUN – Sebanyak 60 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di kawasan rehat dan rawat (RnR) Gurun Selatan, di sini, pagi semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Amir Onn Mustapha berkata, sebanyak 22 kesalahan, termasuk tiada lesen memandu dan lesen tamat tempoh dikesan.

“Sebanyak 14 kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan satu kes cukai jalan palsu direkodkan.

“Turut dikesan, kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan kesalahan teknikal,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Operasi tiga jam bermula jam 8.30 pagi itu dijayakan dengan kerjasama 14 agensi penguatkuasaan membabitkan 169 pegawai dan anggota.

Sementara itu, Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohd Syafri Shamsudim berkata, seramai 12 individu ditahan untuk saringan air kencing.

“Lima daripadanya didapati positif methamphetamin dan morfin.

“Mereka dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Zuki Nanyan@ Shahril berkata, tiga wanita dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia serta dua lelaki Myanmar berusia antara setahun hingga 40-an ditahan hasil pemeriksaan ke atas bas ekspres dan van pelancong.

“Mereka dalam perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal tanpa dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa antara dua bulan hingga tiga tahun,” katanya.

Sebanyak 25 saman turut dikeluarkan atas kesalahan trafik dan tiga notis Jabatan Kesihatan Negeri Kedah kepada syarikat bas yang gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok.

Pada masa sama, Exco Pengangkutan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pengguna perlu mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak semata-mata mempersalahkan agensi penguatkuasaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");