Berita Hari Ini

Jumlah mangsa banjir Perak kekal 38 orang

IPOH: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Beruas, Perak kekal 38 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 8 pagi ini, kata Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari.

Beliau berkata kesemua mangsa daripada Kampung Padang Serai, Batu Hampar itu ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah.

“Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata banjir di kampung berkenaan berpunca daripada air yang bertakung berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

“Paras air di Sungai Beruas masih tinggi menyebabkan aliran air tidak dapat mengalir. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang giat mengepam air ke Sungai Beruas,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");