Membawang Hari Ini

Kajol mahu nama di dada suami

Pada 2016, nama Kajol kembali menjadi sebutan ramai menerusi kemunculannya dalam filem Dilwale yang kini ditayangkan di seluruh dunia.

Selepas lima tahun tidak berlakon dengan Shah Rukh Khan, kini pasangan paling serasi di layar perak itu membuktikan tiada siapa yang dapat mengatasi kehebatan mereka berdua.

Baru-baru ini, khabarnya, isteri kepada aktor Ajay Devgan itu meminta suaminya itu mencacah namanya atas dada aktor itu.

Sebelum ini, Ajay sudah mencacah nama anak lelakinya,Yug di dadanya dan dia bercadang untuk mencacah nama anak perempuannya pula iaitu Nysa.

“Tak adil jika Ajay tidak mencacah nama saya juga di dadanya,” katanya.

Pasangan bahagia itu mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kajol yang sebelum ini sibuk membesarkan dua anaknya itu, hanya baru-baru ini saja dia kembali aktif di Bollywood dan kemunculannya di layar perak memang dinantikan peminatnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");