Sukan Hari Ini

Kami seperti Forrest Gump: Ranieri

London: Pengurus Leicester Claudio Ranieri melabelkan pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu seperti Forrest Gump.

Skuad Ranieri itu berada di tangga teratas menjelang Krismas, setahun selepas berada di tangga tercorot liga dan bekas pengurus Chelsea itu mahu Leicester mengekalkan momentum mereka di puncak, menyamakan stamina mereka seperti karakter Tom Hanks dalam Forrest Gump yang berlari merentasi Amerika.

“Saya amat yakin kerana Leicester, musim lalu menyelamatkan nasib mereka daripada terjerumus ke liga bawahan dalam tempoh dua bulan dan ini bermakna stamina mereka menakjubkan,” kata pengurus Itali itu.

“Mengapa kita tidak terus berlari, berlari dan berlari? Kami tidak ubah seperti Forrest Gump.

“Pemain sedar yang kami beraksi dengan baik tapi belum mencapai apa-apa.

“Apa yang saya faham, Leicester tidak pernah berada di puncak liga seperti pada masa ini, jadi kami amat gembira.

“Apabila pengurus dan pemain membuat peminat gembira ia sesuatu yang menakjubkan.”

Skuad Foxes yang hanya tewas sekali musim ini mampu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pencabar gelaran apabila berkunjung ke Liverpool esok selain menanti kunjungan Manchester City awal pagi Rabu.

Leicester akan mengatasi sasaran mata ditetapkan Ranieri pada pra-musim jika menang di Anfield dan kalau mereka berjaya melakukannya, beliau akan berbincang dengan pemain untuk menilai kembali cita-cita mereka.

“Saya amat berbangga dengan pemain dan peminat. Memang menakjubkan tapi kami perlu lebih bekerja keras,” kata beliau.

“Mereka bagaikan bermimpi sekarang dan saya tidak mahu mengejutkan mereka.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");