Sukan Hari Ini

‘Kami tetap kawan’

Kuala Lumpur: Kami tidak bermusuhan.

Itu jawapan mudah diberikan pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong selepas ditanya mengenai persaingan sengit dengan pasangan bebas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam saingan untuk ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

Kata Wee Kiong, dia bersikap profesional termasuk ketika bergandingan bersama dengan Boon Heong dalam pasukan Kelab Badminton Muar City (Muar City BC) untuk saingan Purple League musim ini.

“Persaingan ke Olimpik tidak menyebabkan kami bermusuhan. Kita sama-sama mewakili Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, persaingan merebut slot ke Rio juga dianggap sebagai motivasi ketika bergandingan dengan Goh V Shem, sehingga membolehkan mereka merangkul kejuaraan sulung di Grand Prix (GP) Terbuka Amerika Syarikat 12 Disember lalu.

“Memang persaingan ini memberikan motivasi tinggi buat kami kerana slot ke Olimpik masih belum terjamin. Kami menganggap perkara itu positif,” kata pemain kelahiran Johor itu.

Wee Kiong berkata, setakat ini gandingannya bersama V Shem memang sedikit meningkat terutama selepas GP Amerika Syarikat dan Mexico.

“Harap prestasi itu boleh kekal kerana kami mampu mempertingkatkan permainan ke tahap lebih baik. Sekarang masalah kami adalah kurang konsisten. Sekurang-kurangnya kita berjaya menamatkan 2015 dengan satu trofi.

“Tahun depan pula bukan pasangan dari Malaysia saja bergelut mencari tiket ke Olimpik, saya rasa pemain China dan Indonesia juga sedang mencari tempat ke temasya berkenaan,” katanya yang akan memulakan aksi 2016 di GP Emas Terbuka Malaysia dan India bulan depan.

Berdasarkan ranking terkini Olimpik, V Shem-Wee Kiong berada di tempat ke-11 (45,998 mata), manakala Kean Keat-Boon Heong ke-12 (45,050 mata).

Semalam Boon Heong-Wee Kiong membantu Muar City BC mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Purple League selepas mengalahkan Kelab Badminton Ampang Jaya (Ampang Jaya BC) 11-6.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");