Perak Hari Ini

Kanak-Kanak Maut Jatuh Bangunan

SELAMA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut setelah mengalami kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari tingkat tiga flat kuaters Ipd Selama di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira  jam 11.05 malam, mangsa Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal bersama ibubapanya yang sahaja pulang dari bercuti dan mangsa bersama ibunya dalam perjalanan untuk naik ke rumah mereka di tingkat tiga Kuaters tersebut.

Manakala pada ketika itu pula  bapanya dan anak yang kedua sedang sibuk berkemas barangan di dalam kereta untuk dibawa naik ke rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia di depan mata bapanya.

Katanya, semasa kejadian, tiada saksi lain selain daripada kedua ibu bapa mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal daripada pegawai perubatan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami pecah di kepala bahagian kanan.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat.

“Jenazah akan dibawa balik ke Sungai Petani untuk pengebumian,”katanya.

IMG-20151231-WA0002
mangsa Aqeef Nifael kiri

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");